Sabtu, 17 Mac 2018

Pengenalan perniagaan

    Perkahwinan merupakan satu aturcara yang berlansung dan hanya berlaku sekali seumur hidup. Oleh itu, baju pegantin merupakan salah satu aspek yang sangat dititik beratkan oleh raja dan ratu sehari. Baju penganti merupakan simbol dan tanda bagi perkahwinan mereka, tanpa baju maka tidak lengkaplah majlis itu. Pada masa kini, pakaian pegantin merupakan pakaian yang unik dalam dunia kehidupan pereka fesyen lantaranya dan stailnya yang mengagumkan dengan gabungan pelbagai jenis fabrik dan dihiasi mutiara dan manik-manik yang berkilauan. Pakaian penganti terdiri pelbagai jenis pakaian pegantin seperti klasik, moden dan tradisional.
 Maka tidak salahlah jika kami ingin memilih untuk menceburi perniagaan ini untuk membuka butik pengantin dibawah KTJ "BRIDAL". Syarikat ini ditubuhkan atas perkongsian tiga orang sahabat. Melalui ini juga maka tercetus idea untuk menggabungkan nama tiga orang sahabat ini menjadi KTJ "BRIDAL". Kami meyakini bahawa dengan memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekitar kawasan Bandar Penawar, perniagaan ini dapat disambut dengan baik.
  Antara pekhidmatan yang disediakan di Butik Pegantin KTJ "Bridal" ini ialah pekhidmatan pelbagai set pelamin, bilik pegantin, baju pegantin  lelaki dan perempuan serta solekan yang pelbagai mengikut kehendak pelanggan. Disamping itu, butik ini juga menyediakan tempahan gubahan hantaran bagi bakal pegantin yang inginkan kelainan dari biasa serta tempahan manik pada pakaian lelaki dan wanita.
  Akhir sekali, harga yang ditawarkan di butik ini amat berpatutan dan sesuai tidak kira kepada golongan yang kaya, sederhana serta kurang berkemampuan serta boleh dirunding. Ini memudahkan pelanggan untuk memilih pekhidmatan yang  mengembirakan di hari bahagia mereka. Seboleh mungkin kami ingin memberi pekhidmatan terbaik kepada pelanggan memandangkan kami mementingkan kepuasan pelanggan dalam memberi perkhidmatan. Kami yakin dan pasti perniagaan ini akan berkembang maju sekali gus dapat mencapai visi dan misi serta objektif perniagaan khususnya memberi kepuasan kepada kami dalam memberi khidmat kepada masyarakat disamping menjana pendapatan.


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan